Tip Cerai Susu (Wean off)
Orang kata fasa wean off adalah fasa yang mencabar selepas fasa menyusukan anak π Hati ibu kena kental bila buat keputusan ini. Sejujurnya saya benar-benar memasuki fasa wean off semasa mengandungkan anak ketiga. Waktu itu memang sedih sangat tengok anak yang mengharap untuk menyusu tapi kita terpaksa tolak.
Selepas itu saya belajar sesuatu dari pengalaman ini.
Tip Cerai Susu (Wean off)
1. Beritahu lebih awal kepada anak
Ini perkara pertama selepas niatkan semuanya kerana Allah. Saya kerap beritahu anak beberapa bulan sebelum umurnya 2 tahun atau seawal saya mengandung lagi.
“Abang, minum susu sampai dua tahun je ye. Lepas tu abang dah cukup dah susu ummi.”
“Abang minum susu sampai 2 tahun. Lepas ni giliran adik baby (dalam perut) pula tau.”
Pemberitahuan awal sangat penting bagi memastikan anak bersedia dan terpahat dalam memorinya π
2. Alihkan perhatian anak
Apa nak buat jika anak masih merayu untuk menyusu? π’ Di sinilah peranan ayah diperlukan juga. Selain ibu berusaha mengalih perhatian anak, ayah juga boleh mengambil posisi dengan bermain dengan anak, membawa anak keluar sebentar, berbual, bergurau dan seumpamanya.
3. Pilih hari yang sesuai untuk bermula proses Wean Off
Oh, ini penting juga kerana bukan anak sahaja perlu bersedia. Ibu juga perlu bersedia mental dan emosi. Yalah, proses wean off melibatkan emosi ibu dan anak. Siapa tidak sedih mahu memisahkan anak dengan susu namun ia perlu untuk kebaikan bersama π
4. Mula perkenalkan susu segar / full cream
Anak berusia 2 tahun tidak perlu lagi minum susu formula kerana nutrisi ini boleh diperolehi melalui pemakanan seimbangnya. Namun sekiranya anak masih mahu menyusu atau anak berada dalam fasa peralihan cerai susu, alternatif yang boleh diguna ialah susu penuh krim atau susu segar.
5. Pastikan anak kenyang
Aha, ini satu poin lagi bagi mengelak anak minta menyusu badan Pastikan waktu makannya betul dan kuantiti makanan mencukupi. Bila kenyang, anak tidak berapa meragam. Mood pun akan baik sahaja.
6. Jangan offer
Ada ibu terpaksa mengalah kerana tak tahan melihat anak menangisdan mengamuk. Kentalkan hati tau ibu-ibu π Jangan sesekali tawarkan susu badan dalam fasa ini. Nanti lebih lambat proses ini mahu berjaya π
Selamat mencuba dan semoga berjaya! Jemput sertai Channel Telegram saya di sini : t.me/ainadayanadotcom
Jumpa lagi π