Tip Ibu Surirumah Membaca

Surirumah pun boleh jadi ulat buku πŸ˜€

Menjadi seorang suri sepenuh masa di rumah, ia menuntut pengurusan masa yang baik sama seperti ibu yang berkerjaya. Tidak perlulah membandingkan antara kedua-dua profesyen ini kerana masing-masing ada peranan sendiri.

Saya seorang guru. Namun kini sedang bercuti tanpa gaji selama beberapa tahun. Kembali ke rumah merupakan peluang keemasan yang dinanti. Berat tanggungjawab namun saya akui, saya gembira dengan keadaan kini.

Salah satunya, saya berpeluang membaca buku dan beraktiviti dengan anak-anak. Bagaimana seorang ibu surirumah dapat mencari masa untuk membaca?

Saya kongsikan paparan grafik yang disediakan oleh Legasi Oakheart ini. Sangat comel! Semoga ia bermanfaat untuk anda juga.

Ini bagi ibu yang mempunyai anak pelbagai umur. Seperti saya, anak-anak berumur antara 3 hingga 9 tahun. Maka “we-time” membantu sedikit kerana anak yang besar sudah boleh membaca sendiri. Manakala yang kecil saya berikan aktiviti, kakak abang bacakan buku atau saya ambil sedikit masa untuk sesi “read aloud” πŸ€—

Saya percaya dalam sehari pasti ada masa sedikit untuk ibu berehat dan meluruskan pinggang. Waktu inilah saya akan capai buku untuk dibaca. Tak kisah pun jika hanya sempat baca satu muka surat. Ya, mungkin ada yang kata tak berbaloi sebab masa sangat singkat tetapi over the years, saya cuba mengoptimumkan penggunaan masa. Masa sangat berharga. Lagi-lagi bagi ibu yang ada anak kecil πŸ˜…

Ini paling penting. Baca perkara yang kita MINAT sahaja. Tak perlu bazirkan masa membaca buku yang membosankan. Hee. Hidup ini pun singkat, pilihlah bacaan yang bersesuaian πŸ‘

 

Ada beberapa jenis pembaca :

1) Polygamist reader – membaca beberapa buah buku serentak. (Dan saya dalam kategori ini)πŸ€—

2) Monogamist reader – setia baca sesebuah buku sehingga habis πŸ‘

3) Extrovert readers – teruja bila jumpa bahan bacaan. Tak kira apa jenis pun 😁

4) Introvert readers – Gemar dengan sesebuah genre sahaja sehingga mampu analisis sendiri plot, watak dan sebagainya πŸ˜€

5) Altruist reader – boleh jadi promoter buku ni. Sejenis orang yang suka sangat cadangkan buku-buku yang menarik untuk dibaca kepada keluarga dan rakan-rakan 😘

6) Neurotic reader – selalu tak dapat habiskan sebuah buku. Easily distracted πŸ˜†

 

Anda pembaca yang mana? πŸ€—

 

Jemput tekan butang kongsi supaya orang lain turut mendapat kebaikan dari tip ini. Jumpa lagi.

Terima kasih kerana memberi maklum balas :)

shares