Tip tangani anak mengamuk / tantrum

Pernahkah rasa stress membawa anak keluar rumah? Nak membeli-belah di pasar raya, bersiar-siar di taman atau menghadiri kenduri kahwin pun terpaksa fikir banyak kali dek penangan tingkah laku anak yang mengamuk. Mak saya selalu sebut, semasa kami kecil dahulu memang mak ayah tak pernah bawa kami keluar ke tempat begini kerana mahu elakkan kejadian mengamuk dan sebagainya.

Jika mak ayah mahu belikan kami pakaian raya atau baju sekolah, mak ayah akan siap-siap ambil ukuran dari rumah atau membawa baju contoh ke pasaraya. Hmm… idea yang bijak! Mungkin emak melihat ragam anak-anak kami ketika keluar membeli-belah suatu waktu dahulu.

Kami nak kongsikan beberapa tip yang boleh ibu ayah aplikasikan apabila terjadinya kejadian anak mengamuk ini :

Sebelum keluar rumah

Social story

Ia lebih kepada persediaan minda dan emosi anak-anak. Ibu ayah ulang dan ulang apa yang ibu ayah mahu buat semasa keluar ini. Misalnya :

Kakak, abang, ibu dan ayah nak keluar beli barang dapur sahaja. Tolong ibu dan ayah dengan duduk diam dalam stroller sahaja ya. Kita hanya beli barang dapur sahaja. No toys, no junk food. Tak mahu mengamuk minta macam-macam. Jika buat juga, tiada lagi ikut ibu dan ayah ke pasaraya lagi. Boleh faham?

Ibu ayah boleh tunjuk flow apa yang akan dibuat semasa keluar nanti. Nak lukis boleh, nak cakap sahaja pun boleh. Macam saya, saya akan lukis dan tulis pada kertas lalu ditunjukkan kepada anak. Ini contoh yang saya ambil dari sebuah laman web :

social story.jpg

Senarai barang

list.jpg

Bagi anak yang sudah besar sedikit, bolehlah bertolak-ansur dengan memberi peluang kepada anak membeli satu barang pilihannya. Tetapi wajib tulis dalam senarai masing-masing atau dimasukkan dalam senarai barang ibu dan ayah. Ini memang saya buat setiap kali mahu membeli barang keperluan rumah. Apabila tiba di pasaraya, anak terpaksa akur dengan senarai yang telah dibuat terlebih dahulu. Maka jika ada yang mereka inginkan, akan dimasukkan ke dalam wishlist akan datang.

Pastikan makan dan minum sebelum keluar

having meal.png
Sumber gambar : pixabay.com

Langkah penjimatan! Sebelum keluar, kami pastikan semua orang sudah makan dan minum dengan kenyang. Supaya semasa keluar nanti, tidak ada adegan merayu-rayu untuk makan di luar. Sesekali boleh tetapi tidak setiap masa. Saya juga akan membawa bekalan kudapan bagi mengelak anak bosan akibat menunggu terlalu lama.

Bawa alat tulis dan bahan bacaan

Busy Bag.png

Kami akan sentiasa mengusung sebuah kit alat tulis berserta kertas dan buku conteng serta bahan bacaan. Orang kata to kill the time untuk waktu-waktu kecemasan.

Semasa keluar / dalam perjalanan

Ulang dan ulang nasihat

Sentiasa ingatkan peraturan yang telah ditetapkan dari rumah. Biarlah nak kata ummi abi banyak membebel, sudah memang rutin ibu sedunia kot banyak cakap ni. Hehe.

 

Selepas pulang 

Beri ganjaran

gift.jpg
Sumber gambar : pixabay.com

Pujian, tepuk tangan, penghargan adalah contoh bentuk ganjaran dalam bentuk bukan material. Menghargai anak bukan hanya dalam bentuk material 😉 Raikan kesungguhan anak mengikut peraturan yang telah kita ulang sejak awal lagi. Boleh juga janjikan sedikit keistimewaan untuk next trip kita ke mana-mana.

 

Apa nak buat jika anak mengamuk juga?

Pertama : Fokus
– Bacalah basmalah dan selawat saat menghadapi anak tantrum. Ibu ayah jangan emosi sekali. Nanti tiada pihak yang untung. Maka ibu ayah perlu bertenang dan tidak menyakiti anak.
Kedua : Tenangkan anak.
Bawa anak keluar dari tempat itu. Ini bagi mengelakkan kejadian yang lebih teruk berlaku seperti membaling barang, mencederakan diri sendiri mahu pun berguling-guling di situ. Sudah pasti lebih menjadi tumpuan orang ramai. Peluklah anak.
Ketiga : Alih perhatian anak.
Beri pelukan, tepukan pada bahu, mengalih fokusnya pada bangunan besar, burung yang sedang terbang di langit atau bercakap hal yang dapat menarik minatnya. Apa sahaja yang dapat mengurangkan tekanan emosinya.
Keempat : Tetap berada di sisi anak.
Boleh juga beri anak masa untuk menangis supaya terlepas beban emosi. Ucapkan ayat yang sesuai dengan keadaan. Misalnya, Mami tahu abang rasa penat ya. Mami doa supaya abang cepat hilang penat dan berhenti menangis.
 
Kelima : Setelah tenang, barulah ajak anak bercakap.
Apabila anak sudah tenang, emosi juga agak stabil, ibu ayah bolehlah memberi nasihat ketika ini. Anak lebih mudah mendengar pada masa dia berasa okay.
Misalnya,
Lain kali kalau abang nak sesuatu, tahan dulu menangis tu. Beritahu ibu dan ayah. Barulah kami tahu abang nak apa. Kalau abang tak beritahu, macam mana ibu dan ayah nak tolong. Betul tak?

Macam saya, memang akan sapu Balm Calm Time pada anak sebelum keluar rumah. Sudah siap sedia di dalam beg juga. Ala-ala kit kecemasan 😉

calm time balm.jpg

Jumpa lagi. Jangan lupa tekan butang share sekiranya bermanfaat.

Terima kasih kerana memberi maklum balas :)

shares