Udang Masak Lemak
Hujung minggu memang saya ke rumah emak sebentar. Dekat sangat. Tak sempat habis baca doa keluar rumah, dah tiba depan pintu emak 🤣 Saya tinggal bersama mertua. Rumahnya hanya berjarak 100m dengan rumah emak saya.
Pagi ini, si kecil nampaknya tidur lagi. Sempatlah ke dapur awal-awal ini. Emak sudah bersiap untuk ke kuliah dhuha. Saya di rumah menemani nenek yang kurang sihat.
Nampak ada udang, ikan dan sotong dalam peti sejuk. Sudah lama tak makan udang. Dalam hati berfikir-fikir mahu masak apa. Nak masak sambal, tak confident 😆 Sebab sambal emak lagi sedap. Hihi.
Teringat mak mertua sukakan masak lemak. Jadilah Udang Masak Lemak untuk hidangan hari ini.
Udang Masak Lemak
Bahan :
Bawang besar 1 biji – ditumbuk
Bawang putih 3 ulas – ditumbuk
Sedikit asam keping
Sebatang serai – diketuk
Kunyit hidup
Garam
Santan 1 kotak kecil (lebih kurang 250ml)
Udang 15 – 20 ekor
Cara :
🛑 Tumbuk bawang besar dan bawang putih
🛑 Sebatang serai diketuk
🛑 Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau
🛑 Masukkan serai, asam keping dan santan. Kacau sehingga masak dengan api yang perlahan
🛑 Masukkan udang, perasakan garam
🛑 Siap untuk dihidang
Cuma saya masukkan sedikit cili api. Tapi selepas dimasak tak terasa pedas pun. Mungkin jenis cilinya kurang pedas.
Alhamdulillah Allah bagi sedap. Licin sekali makan sahaja 😅
Jemput berukhwah di t.me/ainadayanadotcom
Aina Dayana Hilmi,
Suka makan udang.