Ulasan Buku A Sea of Story
Balik kampung memang seronok. Cuti sekolah memang menunggu sahaja mak ayah kata “Balik kampung.” π Kami duduk di Melaka dan kampung ayah nun jauh di “Kayangan” sana π Memang teruja betul bila nak balik Perlis.
Samalah macam Roo ini. Ibu ayah Roo menghantar Roo pulang sebentar ke kampung halaman untuk tiga hari. Datuk Roo seorang nelayan tetapi menyimpan pelbagai cerita adventure. Setiap koleksi barang antik datuk mempunyai kisahnya sendiri.
Lebih menarik, mereka ada sebuah kawasan pantai peribadi yang tersorok tidak jauh dari rumah datuk Roo. Setiap kali cuti, Roo akan bermain dan mandi laut bersama datuk dan ibu ayahnya.
Malangnya kali ini datuk Roo sudah tidak larat menuruni cerun bukit untuk ke sana. Jadi datuk mengajak Too bermain sorok-sorok di halaman rumah. Bagaikan kebun bunga, tetapi sedikit semak kerana semenjak permergian nenek Roo, datuk tidak dapat menjaga dengan lebih baik dek usia yang semakin lanjut.
Penat bermain, datuk mengajak Roo duduk di ruang tamu dan bercerita pengalamannyaΒ ketika muda. Roo sangat kagum. Benarlah kata Ibunya “Grandpa, you are keeping the whole world in this cottage.”
Namun, ada satu perkara yang tidak dapat disimpan datuknya. Roo berasa sedih dan berazam “menyimpankan” perkara itu untuk datuknya. Apakah ia?
Jeng..jeng..jeng.. nanti baca ya buku ni. π
Lukisan buku ini cantik. Terpegun saya. Mulai semalam saya ajak anak-anak baca satu muka. Eh, tak sedar mereka sudah baca sampai muka surat 12. Tak sabar nak baca sampai habis π
Terima kasih CikNad Nadiah Ahmad dan suami yang dapatkan buku ini dari BBW. Worth reading π
#bbwbooksale
#MisiMembaca2019
#NovemberReads
#bukuke93
#malaysiamembaca
#syurgaibudananak