Ulasan buku : Chaiyok!

GB0598_Chaiyok-600x800.jpg

Saya selalu terfikir hebatnya perjuangan dakwah Rasulullah. Malunya bila diri sendiri menghadapi sedikit ujian sudah rasa mood “down” teruk. Tatkala rasa emosi dengan diri sendiri, tertampar dengan pengalaman orang lain yang jauh lebih hebat.

Chaiyok! Dalam bahasa cina membawa erti bersemangatlah atau berusahalah. Buku ini menghimpunkan pengalaman sekian banyak pendakwah dalam menghadapi saat sukar dalam hidup mereka.

Setiap satu kisah ada pelajaran yang saya kutip. Niat kerana Allah, mesti ikhlas, yakin kepada Allah serta tetap pendirian kerana benar meskipun pahit untuk dikatakan. Tak kurang juga perlu besarkan sabar dan syukur dalam menghadapi ujian hidup.

Mudah dilafazkan tetapi hakikatnya diri akan teruji apabila menghadapi sendiri situasi tersebut. Saya terkesan dengan kisah yang dibawakan oleh Pn Norazlina Masnan berkaitan ibu ayah yang menyambung pelajaran ke luar negara dan terpaksa meninggalkan anak pada saudara yang dipercayai.

Rupanya si anak menanggung beban emosi kerana terasa disisihkan lantaran ibu ayahnya meninggalkannya dan membawa bersama adiknya yang masih kecil. Meskipun ibu ayahnya bertujuan baik iaitu menyambung pelajaran tetapi akal si anak kecil mentafsirkan dirinya bagai anak tiri kerana ditinggalkan.

Namun, saya menyetujui kata balasan beliau terhadap rakannya itu. Tiada ibu ayah yang inginkan yang buruk pada anak mereka. Pasti ibu ayahnya sudah membuat keputusan sebaiknya. Tanggungjawab sekarang ialah si anak hanya perlu fokus kepada menunaikan tanggungjawab kepada ibu ayah. Itu yang sebaiknya.

Buku ini sart dengan hikmah. Ada sesuatu yang akan kita dapati dari setiap kisah kehidupan yang dikongsikan. Bacalah.

 

Aina Dayana Hilmi,

Teruskan Misi Membaca.

Leave a Reply

Open chat