Ulasan buku : Lili Putih Srebrenica
Ingat lagi tak perang yang melanda Bosnia Herzegovina dahulu? Waktu itu saya masih di sekolah rendah. Isu hangat. Mak, ayah, nenek, datuk, cikgu-cikgu semua bercerita pasal ni. Takut, seram dan sedih dengar.
Yalah, budak-budak kan. Tengok di TV keadaan perang yang begitu. Tambah lagi Tun M bawa masuk anak-anak Bosnia ke sini dan dijadikan anak angkat. Ia memberi kesan bahawa perang itu sangat menyakitkan dan saya memandang Islam Agama yang hebat. Sebab berlainan bangsa, tapi kita dapat bantu mereka.
Melalui buku ini, mengimbau kenangan saya ketika kecil saat perang di sana meletus.
LILI PUTIH SREBRENICA oleh Azida Ishak
Buku ini berkisar Sains Forensik. Satu bidang asing bagi saya dan masyarakat umum. Selama ini saya hanya tahu Forensik = bedah mayat sahaja. Rupa-rupanya saya silap.
Melalui Darul, watak utama cerita ini, beliau menggalas tanggungjawab mewakili Malaysia menyertai misi mencari sejuta tulang di Bosnia. Kekejaman puak Serb semasa perang puluhan tahun lalu mahu dibuktikan dan membela nasib umat Islam yang terkorban.
Melalui tulang, mereka mampu mendapatkan banyak maklumat seperti cara pembunuhan, jantina, umur dan sebagainya. Mendebarkan!
Nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi penulis di Facebook beliau. Berbaloi untuk dimiliki 👍
Buku 3 / 2020
#MisiMembacaAina
#BukuAina2020
#MalaysiaMembaca
#goodreadsmalaysia
#MaratonMalaysiaMembaca