Ulasan buku : First Term at Malory Towers

Siapa tak kenal Enid Blyton? Penulis kanak-kanak paling dikenali di dunia. Beliau menulis lebih kurang 700 karya sepanjang hidupnya. Masya Allah. Saya membesar dengan buku-bukunya seperti 7 Penyiasat, 5 Sekawan, Hardy Boys, Nancy Drew, Naughty Amelia Jane, The Wishing Chairs dan sebagainya.
Semasa membaca buku-buku ini saya dapat rasakan keseronokan membaca dan bagai memasuki dunia lain. Hehe. Yalah, apa yang digambarkan dalam cerita memang sesuai dengan kefahaman anak kecil.
Lalu, ketika membaca buku Kembara Sastera Nisah Haron : United Kingdom & Dublin baru saya fahami mengapa semua bukunya menggambarkam suasana halaman rumah yang cantik, padang yang menghijau dan haiwan-haiwan jinak. Ini kerana tempat tinggal beliau adalah tempat yang tercantik dan menjadi ilham beliau menghasilkan ratusan karya buat bacaan anak-anak.

Mengimbau kenangan
Ketika saya mengunjungi pesta buku Big Bad Wolf di The Mines hujung tahun lalu, saya ternampak buku First Term at Malory Towers ini. Namun dek kesuntukan masa, saya pasrah sahaja mengirim buku ini dengan Pn Nadiah Ahmad π
Edisi yang saya beli ini adalah cetakan kulit keras dan bersaiz besar. Agak berat bila dipegang dan menariknya ia berwarna penuh. Mengandungi 22 bab dan setebal 221 muka surat bermula dari hari pendaftaran Darrel Rivers di Malory Towers sehinggalah tamat semester tahun pertamanya di sekolah berasrama itu.
Kisah bermula
Darrel seorang budak perempuan yang baik. Memasuki sekolah Malory Towers sememangnya menjadi idamannya sejak lama dahulu. Di sini saya melihat seorang anak remaja yang mula mengenali dunia luar, bercampur-gaul dengan kawan-kawan dari pelbagai latar belakang, sikapnya yang berani mencuba, kurang memberi perhatian nasihat orang yang lebih tua, adab serta kesungguhan belajar adalah seputar isu yang dialami seseorang anak remaja.
Terutama apabila Darrel mula mencari rakan baik dan menjadikannya sebagai idola sehingga dia mengabaikan teman yang benar-benar ikhlas untuk berkawan dengannya.
Nasihat dari guru besar
Suka sangat dengan nasihat Miss Grayling, pengetua Malory Towers :
One day you will leave school and go out into the world as young women. You should take with you eager minds, kind hearts, and a will to help.
You should take with you a good understanding of many things, and a willingness to accept responsibility and show yourselves as women to be loved and trusted.
All these things you will be able to learn at Malory Towers – of you will. I do not count as our success those who have won scholarship and exams, though these are good things to do.
I count as our successes those who learn to be good-hearted and kind, sensible and trustable, good, sound women the world can lean on. Our failures are those who do not learn these things in the years they are here.
Cantik mesejnya. Sesuai nasihatnya untuk anak-anak yang baru menjejakan kaki ke permulaan sekolah tinggi.
Dalam baik, ada juga nakalnya si Darrel ini π Pernah bersepakat dengan kawan-kawan untuk mengenakan guru mata pelajaran bahasa Perancis (kawannya berpura-pura pekak dan Darrel akan ulang semula soalan cikgu dengan kuat π€¦), pernah naik angin dengan Gwendoline yang merimaskan π, mengabaikan perasaan Sally yang ikhlas berkawan dengannya π serta bergaduh atas hal yang kecil π€·
Ibrah
Dulu-dulu selepas baca buku ini,memang akan beranganlah untuk duduk di asrama seperti Malory Towers π Sebabnya digambarkan yang perjalanan ke sekolah dengan menaiki keretapi sangat menyeronokkan. Duduk di gerabak mengikut batch masing-masing dan boleh memilih untuk duduk bersama kawan baik.
Malory Towers juga terletak di atas bukit dan berdekatan dengan laut. Setiap bilik asramanya luas dengan katil bujang setiap satu orang serta ada ruang tamu.
Bagi saya buku sebegini baik untuk bacaan anak-anak. Ianya dekat dengan mereka disamping banyak nilai murni dapat diterap seperti berkawan dengan kawan yang baik akhlaknya, menghormati guru-guru, semangat bersaing dalam pelajaran, mencungkil bakat dan menangani isu-isu awal remaja seperti rendah diri, ego dan sebagainya.
Dalam usaha juga mencari buku penulis tempatan yang sebegini untuk bacaan anak-anak βΊοΈΒ Jumpa lagi.