Ulasan Kelas Asas Penulisan Blog
“Hanya orang sibuk sahaja menulis.”
Kata-kata ini memang terngiang-ngiang di kepala sejak pertama kali mendengarnya. Saya tak perasan sejak bila menulis menjadi terapi diri. Walaupun pada awalnya menulis hanya untuk tuntutan tugasan atau matlamat peribadi (menulis jurnal) tetapi Allah hadirkan perasaan menulis untuk berkongsi ilmu dan pengalaman.
Saya memilih medium blog kerana beranggapan tiada orang akan baca catatan saya. Ya, saya fikir begitu semasa mula menulis blog tahun 2008 dahulu. Waktu bujang, saya mula menulis ulasan buku yang dibaca. Kemudian, selepas berkahwin dan mempunyai anak, saya bersemangat pula menulis jurnal aktiviti harian supaya ada kenangan dengan anak-anak yang dapat dibaca semula.
Di situlah saya bertindak mencari mentor penulisan pada tahun 2015. Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) sangat menggamit rasa. Alhamdulillah, sesi terdahulu sukses di bawah Pn Zaila Mohammad.
Akhirnya, di sinilah saya sekali lagi, alumni ABDR yang mendaftar di bawah Pn Hifzaila pada tahun 2022. Menulis bersama rakan ada daya tolakan yang lain. Seronok mengenali dan membaca tulisan mereka. Ia memberi sudut pandang yang berbeza dalam melihat kehidupan sendiri sehari-hari.
Pn Hifzaila prihatin dengan murid kelas. Sentiasa bertanya, menunjuk ajar dan membimbing. Paling saya suka tugasan diberi awal. Dapatlah saya mencari idea dan menyusunnya terus. Jika selama ini ‘blur’ sahaja, kini selepas menjawab analisa 8 soalan, barulah bersemangat nak menulis.
Tiada lagi author’s block jika kita menulis mengikut sistem yang efisyen. Jangan tinggal buku nota dan pen bila ke mana-mana. Paling utama, disyorkan menulis awal pagi.
Sudah pasti penghargaan buat Pn Masayu yang sentiasa memberi soft reminder supaya peserta tidak ‘lost’ dalam tugasan. Pagi-pagi sudah terima mesej dari ‘guru besar’. Dub dab dub dab.
Terima kasih semuanya atas bimbingan. Barakallahufiikum.
Aina Dayana Hilmi,
Meneruskan baki tugasan entri seterusnya.
8 Februari 2022
Assalamualaikum Puan. Yayyyyy baru sempat nak lawat blog kawan2. Cantik blog Puan ni. Saya pun nak buat gini juga.
Yayy! Selamat menulis, puan.
Web ni saya upah orang. Dah lama dah. Saya tahu mencoret di sini je. Nak godek benda lain saya tak tahu 😅