“Ummi marah tak baca taawuz eh?”

IMG20200204083008

Hari itu kami tiba ke satu doa sahih iaitu Doa Apabila Marah, kita ucapkan taawuz. Anak lihat gambar kartun tu dan ketawa 🤭

Sempat juga saya titipkan. Kalau nampak ummi marah, cepat-cepat suruh ummi taawuz tau. Anak-anak mengangguk.

Tak sampai sejam kemudian saya lihat mereka sedang mengoyak kertas dari buku tulis! Waduh, waduh. Baru sahaja lepas ajar mereka bahasa Arab dan menulis.

Geram punya pasal, saya tertinggi suara. Tapi menyesal selepas itu sebab tiba-tiba teringat hadis yang dibaca sebelah pagi. Huhu. Lagi pula muka anak-anak nampak mendung sahaja kena sergah dengan ummi 😔

Ambil masa beberapa minit, saya duduk dengan anak-anak dan bertanya perlahan-lahan. “Kenapa kak teh koyak kertas?” “Kak Teh nak tampal kat dinding macam akak.”

Serta-merta saya melihat dinding bilik. Allah ya Allah. Maafkan ummi, anak. Rupanya dia pun mahu sesuatu sama seperti kak long. Nota kak long hampir memenuhi ruangnya sendiri. Jadi si adik mahu seperti itu juga.

Suasana sepi itu tiba-tiba terdengar suara halus, “Ummi, ummi marah tadi tak baca taawuz eh.”

Erk!

Aina Dayana Hilmi,
Setiap satu pasti ada sebabnya.

Leave a Reply

Open chat